Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPP mulakan pendaftaran pemilihan calon presiden Korea Selatan

    SEOUL, 14 APRIL – Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan hari ini, membuka pendaftaran selama dua hari untuk calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti konservatif itu untuk menamakan calonnya bagi Pilihan Raya Presiden pada 3 Jun, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Beberapa tokoh terkemuka dijangka mengambil bahagian dalam pemilihan itu, termasuk bekas Menteri Buruh Kim Moon-soo, bekas Pengerusi PPP Han Dong-hoon, serta ahli parlimen PPP Ahn Cheol-soo dan Na Kyung-won, yang telah mengumumkan pencalonan mereka secara rasmi.

    Bekas Datuk Bandar Daegu, Hong Joon-pyo, dijangka mengumumkan secara rasmi hasratnya untuk bertanding hari ini, menjadikannya percubaan ketiga beliau untuk jawatan presiden.

    Sementara itu, Datuk Bandar Seoul Oh Se-hoon dan bekas ahli parlimen PPP Yoo Seong-min mengumumkan pada hujung minggu bahawa mereka tidak akan menyertai pemilihan itu.

    Jawatankuasa Pemilihan PPP akan meneliti semua permohonan dan dijadualkan mengumumkan senarai calon yang layak ke pusingan pertama pemilihan pada Rabu. Parti itu akan mengesahkan calon presidennya pada 3 Mei. – Bernama

    Polis berdiri mengawal di hadapan para penyokong Yoon ketika menunggu ketibaan bekas presiden Yoon Suk Yeol di Seoul pada 14 April. PPP membuka pendaftaran untuk calon yang bertanding bagi pilihan raya presiden pada 3 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda