Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPPBD adakan majlis kesyukuran

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI –Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Fardu Asar Berjemaah, hari ini, sempena Sambutan Hari Kemasyarakatan ke-16 tahun.

    Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat PPPBD, Anggerek Desa, Berakas itu antara lain bertujuan untuk memanjatkan kesyukuran dan meraikan ahli-ahli persatuan yang terlibat dalam pelbagai kegiatan atau projek khidmat masyarakat.

    Ia juga mempromosikan budaya berkhidmat kepada masyarakat dan sentiasa menolong orang yang merupakan sebahagian daripada persetiaan persa-tuan berkenaan, selain mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan meningkatkan perasaan muhibah dalam kalangan ahli-ahli persatuan.

    Majlis diisikan dengan bacaan Surah Yasin, Doa Kesyukuran diikuti dengan solat Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Pesuruhjaya Pemimpin Muda PPPBD, Dr Mariam binti Haji Abdul Rahman.

    Antara yang hadir pada majlis itu ialah naib-naib yang di-pertua sepanjang hayat PPPBD, Datin Paduka Hajah Zaharah binti Haji Idris dan Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali; Naib Yang Di-Pertua PPPBD, Hajah Viviyanti binti Haji Mohd Ali; Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Norazrina binti Haji Sarbini serta ahli-ahli PPPBD yang lain.

    Pada tahun ini, persatuan berkenaan telah dan akan menjalankan pelbagai kegiatan dan projek kemasyarakatan dengan sokongan ahli-ahli dari semua peringkat.

    Antara kegiatan dan projek kemasyarakatan yang akan dijalankan termasuklah projek berterusan persatuan berkenaan, Projek Titian Kasih PPPBD dan rangkaian kegiatan kemasyarakatan yang telah dijalankan di bulan Ramadan.

    ATAS & BAWAH : Ahli-ahli PPPBD yang hadir pada Majlis Doa Kesyukuran dan Solat Fardu Asar Berjemaah sempena Sambutan Hari Kemasyarakatan ke-16 tahun, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda