Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPPBD adakan upacara menaikkan bendera

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD), hari ini, telah mengadakan upacara menaikkan bendera sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun.

    Acara tersebut berlangsung di Ibu Pejabat PPPBD, Anggerek Desa, Berakas itu melibatkan 30 orang ahli persatuan.

    Hadir di acara itu ialah Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Norazrina binti Haji Sarbini.

    Acara tahunan persatuan antara lain bertujuan untuk menyemarakkan Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-78 tahun. Turut hadir di acara tersebut ialah ahli-ahli jawatankuasa tadbir, pemimpin dewasa, pemimpin muda, pandu puteri ranjer dan pandu puteri.

    Dayang Norazrina menyerahkan bendera negara untuk upacara pengibaran. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    GAMBAR SERAHAN PPNBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda