Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

PPPBD sertai Persidangan Dunia WAGGGS ke-37

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Seramai 15 orang ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah menyertai Persidangan Dunia Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) ke-37 yang buat julung kalinya diadakan secara dalam talian.

Persidangan yang diadakan di Ibu Pejabat PPPBD, Anggerek Desa, Berakas itu bermula kelmarin sehingga 31 Julai dan turut dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim selaku ketua perwakilan Brunei Darussalam.

PPPBD merupakan ahli penuh WAGGGS dan persidangan berkenaan disertai oleh 117 ahli di seluruh dunia.

Antara lain objektif persidangan adalah untuk menggubal dasar dan melantik ahli WAGGGS di samping berbincang dan meluluskan proposed motion yang dikemukakan oleh ahli penuh WAGGGS.

Di samping itu, ia juga sebagai peluang dan platform untuk ahli berkumpul dan berbincang mengenai hal kepentingan secara dalam talian seterusnya membentuk strategi untuk masa depan serta merangka perancangan yang bersesuaian dengan keperluan dan keutamaan ahli persatuan.

Antara pengisian persidangan adalah sesi pemilihan untuk ahli WAGGGS dan antara proposed motion yang mendapat perhatian utama pada persidangan itu ialah meningkatkan jumlah penglibatan wanita muda di bawah umur 30 tahun dalam peringkat pentadbiran dan penggubalan dasar serta dalam latihan perkembangan kemahiran.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Viviyanti binti Haji Mohd Ali.

Hajah Siti Hafsah bersama ahli-ahli persatuan lain semasa persidangan yang diadakan secara dalam talian.
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda