Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPPMB anjur majlis tahlil, berbuka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Ahli-ahli Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB) menganjurkan Majlis Tahlil bagi memperingati ahli-ahli yang telah meninggal dunia di sebuah restoran dan dihadiri oleh ahli persatuan serta jemputan khas, baru-baru ini.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin, diikuti dengan Doa Tahlil. Majlis kemudian menyaksikan berbuka puasa bersama-sama bagi meraikan keberkatan Ramadan.

    PPPMB merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir serta menyumbang kepada kejayaan majlis tersebut. Semoga roh mereka yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

    Antara yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPPMB
    GAMBAR SERAHAN PPPMB
    Majlis diteruskan dengan berbuka puasa bersama-sama bagi meraikan keberkatan Ramadan. – GAMBAR SERAHAN PPPMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda