Friday, December 20, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPS Kampung Sungai Bedaun ditutup

    KUCHING, 19 DIS – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Sungai Bedaun di sini telah tutup sepenuhnya pada 6:30 petang tadi.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, kesemua 14 keluarga melibatkan 68 mangsa banjir telah pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan kembali pulih.

    Sebelum ini, penduduk terbabit terpaksa dipindahkan ke PPS yang dibuka pada tengah malam tadi susulan hujan lebat berpanjangan yang mengakibatkan banjir kilat. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda