Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPWS Miri, Lutong ke Brunei

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Seramai 15 ahli Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) daerah Miri dan Lutong, baru-baru ini telah mengadakan lawatan muhibah sambil belajar selama dua hari ke Negara Brunei Darussalam.

    Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi PPWS daerah Miri dan Lutong, Sharipah Zuraidah binti Wan Hill, telah dialu-alukan oleh Persatuan Pengusaha Wanita Negara Brunei Darussalam selaku tuan rumah lawatan tersebut.

    Sepanjang berada di negara ini, para rombongan berkesempatan mengadakan kunjungan ke tempat-tempat menarik antaranya Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan; Musufiya Enterprise iaitu sebuah syarikat mencetak dan membuat pakaian, Myraaputra Quickbites Cake House dan Gerai Soto Hasma.

    Dengan adanya lawatan sedemikian, ia bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli rombongan dan pihak penganjur bahkan juga secara tidak langsung dapat berbagi ilmu, kemahiran dan pengalaman nilai-nilai keindahan agama, sejarah serta budaya dan potensi masyarakat di negara ini.

    Lawatan berkenaan juga sebagai lawatan balas di mana Persatuan Pengusaha Wanita Negara Brunei Darussalam pernah mengadakan kunjungan ke daerah berkenaan sekitar penghujung tahun 2023 lalu.

    Ahli PPWS daerah Miri dan Lutong bergambar ramai semasa mengadakan lawatan ke negara ini. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN PENGUSAHA WANITA NBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda