Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 20 MAC – Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini dan memberikan sumbangan kepada masyarakat, Posh Qifly menganjurkan #PQActOfKindness Raya Sedekah 2024 dari 18 hingga 31 Mac.
Pengasas Syarikat Posh Qifly, Awang Muhammad Norsaifullah bin Haji Kipli menyatakan bahawa tahun ini menandakan tahun kedua mereka menganjurkan kutipan derma sedemikian di Gerai PQ mereka di STKRJ, Lorong 3, Seria, yang berfungsi sebagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.
“Objektifnya adalah untuk mempromosikan kebaikan dengan berkongsi apa yang kami ada.
Kami dapat berhimpun bersama pengikut kami di media sosial untuk menyumbangkan barangan terpakai dan pakaian dewasa dan anak damit, kasut, mainan dan banyak lagi untuk keluarga yang memerlukan,” tambahnya.
Beliau berharap acara itu dapat memberikan senyuman kepada keluarga berkenaan dalam persiapan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.


