Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prabowo akan berkunjung ke Malaysia bertemu Anwar

    JAKARTA, 17 DIS – Presiden Prabowo Subianto akan mengadakan kunjungan ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lawatan rasmi beliau ke Kaherah, Mesir.

    “(Saya) juga mampir (singgah) ke Malaysia untuk bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” kata Prabowo di sidang media di Lapangan Terbang Tentera Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur.

    Beliau berlepas ke Kaherah hari ini sempena lawatan rasmi dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D8) yang berlangsung dari 17 hingga 19 Disember.

    Kunjungan Presiden Indonesia ke Mesir itu merupakan yang pertama sejak 2013.

    “Mesir adalah sahabat dekat kita, rakan strategik bagi Indonesia dan negara penting di Timur Tengah,” kata Prabowo.

    Di Kaherah, beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi di Istana Kepresidenan Al Ittihadiyah.

    Selain agenda bilateral, Prabowo juga akan menghadiri sidang kemuncak D-8 dan mengambil alih jawatan Pengerusi D-8 daripada Pengerusi semasa, Mesir, bagi tempoh 2026-2027. – Bernama

    Anwar (kiri) bersalaman dengan Prabowo semasa menghadiri Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) di Lima, Peru pada 15 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda