Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Prabowo pilih anak presiden sebagai rakan bertanding

    JAKARTA, 22 OKT – Menteri pertahanan Indonesia dan calon presiden Prabowo Subianto berkata hari ini yang beliau telah memilih anak sulung Presiden Joko Widodo sebagai rakan bertanding dalam pilihan raya tahun depan.

    Pemilihan Gibran Rakabuming Raka, 36, yang kini Datuk Bandar Surakarta, sebagai calon naib presiden untuk undian Februari telah mencetuskan kritikan bahawa Widodo cuba mewujudkan dinasti politik di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu.

    “Secara konsensus, semua bersetuju menyokong Prabowo Subianto sebagai calon presiden dan Gibran Rakabuming Raka sebagai calon naib presiden,” kata Subianto dalam satu kenyataan di luar kediamannya di ibu kota Jakarta.

    Wakil gabungan partinya yang dikenali sebagai Indonesia Maju berdiri di belakangnya ketika beliau membuat pengumuman itu.

    Ia berlaku selepas keputusan mahkamah kontroversi minggu ini yang memutuskan sesiapa sahaja yang telah dipilih untuk jawatan awam boleh bertanding jawatan presiden dan naib presiden. – AFP

    Gambar bertarikh 19 Oktober menunjukkan Datuk Bandar Solo, Gibran Rakabuming Raka. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...