Thursday, March 20, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Praktik amalan mesra alam pengurusan sisa makanan

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan telah mengadakan Stakeholders Engagement on Eco Food Waste Initiative bersama pengurus-pengurus hotel, restoran-restoran, kafe-kafe dan syarikat-syarikat penyedia makanan di Dewan Indera Pahlawan, Bangunan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), hari ini.
     
    Hadir selaku tetamu kehormat, Pengarah Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Hajah Martinah binti Haji Tamit. 
     
    Acara ini merupakan salah satu program di bawah Eco Food Waste Initiative yang bertujuan untuk mempromosikan amalan-amalan mesra alam dalam pengurusan sisa makanan, khususnya kepada hotel-hotel, restoran-restoran, kafe-kafe dan syarikat-syarikat penyedia makanan yang terpilih. 
     
    Ia juga menjadi titik permulaan yang penting sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap Eco Food Waste Initiative, bagi mencapai matlamat inisiatif serta hasrat kerajaan ke arah pengurusan sisa buangan yang berdaya tahan dan mampan.
     
    Acara diisi dengan penyampaian taklimat mengenai Eco Food Waste Initiative oleh JASTRe, diikuti dengan pembentangan mengenai proses pengitaran semula sisa makanan kepada produk baja berkualiti tinggi oleh Syarikat Biofield Solutions untuk mendorong masyarakat, khususnya penyedia makanan, agar lebih aktif dalam pengitaran semula sisa makanan. 
     
    Acara diteruskan dengan penyampaian poster dan pelekat Eco Food Waste Initiative kepada wakil-wakil jemputan dari hotel-hotel, restoran-restoran, kafe-kafe dan syarikat-syarikat penyedia makanan selaku pelaksana Eco Food Waste Initiative sebagai tanda sokongan ke arah mempraktikkan dan membudayakan amalan mesra alam untuk mengurus sisa makanan khususnya dalam penyediaan makanan kepada pelanggan-pelanggan mereka.
     
    Selain itu, JASTRe dengan kerjasama pihak pengurusan One Riverside juga turut mengagihkan beg-beg guna semula, poster dan pelekat Eco Food Waste Initiative kepada restoran-restoran dan kafe-kafe di One Riverside untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai inisiatif tersebut.
     
    Untuk maklumat lanjut mengenai Eco Food Waste Initiative, orang ramai bolehlah menghubungi pihak JASTRe di talian 2241262, melalui emel ke jastre.brunei@env.gov.bn, melayari laman sesawang rasmi Jabatan di www.env.gov.bn atau mengikuti Instagram rasmi di @jastre.bn.
     
    Antara yang hadir pada acara yang berlangsung di Dewan Indera Pahlawan, Bangunan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan, kelmarin. –GAMBAR SERAHAN JASTRe
    Sesi pengagihan beg-beg guna semula pada acara tersebut. –GAMBAR SERAHAN JASTRe
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda