Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

P’raya mengejut Kazakhstan

KAZAKHSTAN, 19 MAC – Pilihan raya mengejut Kazakhstan hari ini dijangka menjadi satu lagi langkah pembaharuan politik Presiden Kassym-Jomart Tokayev di negara Asia Tengah itu.

Pilihan raya berkenaan diadakan berikutan pembaharuan perlembagaan dalam pungutan suara pada Jun 2022 apabila lebih 77 peratus daripada kira-kira 19.3 juta pengundi menyokong reformasi itu.

Pilihan raya untuk Dewan Rakyat atau Mazhilis dan badan tempatan yang dikenali sebagai Maslikhats bakal menyaksikan pelbagai perubahan besar dalam proses pendemokrasian dilaksanakan oleh Tokayev. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -