Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    P’raya Tunisia 15 Sept

    TUNIS, 31 JULAI – Pilihan raya presiden akan diadakan di Tunisia pada 15 September, kata badan pengundian negara Afrika Utara, menolak permintaan untuk menangguh pengundian selepas kematian pemimpin Beji Caid Essebsi.

    “Pejabat Pihak Berkuasa Bebas untuk Pilihan Raya telah menetapkan tarikh 15 September untuk pilihan raya presiden,” beritahu ketua badan Nabil Baffoun (gambar bawah) kepada akhbar lewat semalam selepas rundingan dengan parti politik.

    Dijadual pada mulanya pada November, pengundian ditetapkan lebih awal berikutan kematian Essebsi pada 25 Julai.

    Calon berpotensi mesti menghantar pencalonan antara 2 dan 9 Ogos.

    Kempen dijadual berlangsung dari 2 September hingga 13 September, dengan keputusan diumumkan dua hari selepas pilihan raya.

    Satu tarikh untuk pusingan kedua pilihan raya presiden masih belum diputuskan, namun Baffoun berkata ia akan diadakan tidak lewat daripada 3 November.

    Pengumuman dibuat beberapa jam selepas badan bertemu dengan wakil parti politik dan persatuan awam, ada di antara mereka menuntut ia menangguh pusingan pertama pilihan raya untuk diadakan serentak dengan pengundian parlimen yang dijangka pada 6 Oktober.

    Kerajaan Tunisia memiliki tempoh masa kurang dari dua bulan untuk mengadakan pilihan raya segera susulan kematian Presiden Beji Caid Essebsi di sebalik ketidakpastian berhubung individu yang sesuai memimpin negara Afrika Utara itu.

    Beji, ketua pertama negara itu dipilih secara demokrasi dalam pilihan raya meninggal dunia Khamis lalu ketika berusia 92 tahun, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kekacauan politik dalam negara yang meraih kejayaan susulan kebangkitan ‘Arab Springs’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda