Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prefek pupuk sikap kepimpinan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Sikap kepimpinan yang baik harus diterapkan dalam diri pelajar dari usia muda supaya mereka dapat menanamkan sikap bertanggungjawab serta mampu menjadi pemimpin yang berwibawa di masa akan datang.

    Dalam hubungan itu, seramai 14 orang murid dari Tahun 3 hingga 5 Sekolah Chung Hwa Kiudang telah dilantik sebagai prefek atau pemimpin pelajar dan menerima sijil pelantikan mereka yang disampaikan dalam majlis yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini. Pada majlis berkenaan, Guru Besar Sekolah Chung Hwa Kiudang, Loo Shee Yun telah menyempurnakan penyampaian sijil lantikan.

    Kemuncak majlis adalah upacara angkat sumpah dan ikrar oleh prefek yang baru dilantik dengan diketuai oleh Ketua Prefek, Ranee Pong Xue Ching.

    Pada majlis berkenaan, prefek yang dilantik berikrar untuk melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka dengan taat kepada sekolah serta akan melakukan yang terbaik.

    Mereka juga berikrar untuk menjaga nama baik sekolah serta akan menjadi contoh bagi pelajar-pelajar lain di sekolah berkenaan.

    Loo Shee Yun bergambar ramai dengan 14 orang murid Sekolah Chung Hwa Kiudang yang dilantik sebagai prefek.
    Prefek yang baru dilantik membaca ikrar semasa majlis tersebut, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda