Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Preity Zinta seronok usahakan kebun epal

    Pelakon Bollywood, Preity Zinta yang sudah jarang muncul di kaca televisyen dilihat semakin aktif melakukan aktiviti perkebunan.

    Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Preity kini banyak meluangkan masa untuk mengimbau kembali kenangan masa kecil dengan mengunjungi ladang keluarganya di Shimla, Himachal Pradesh di India.

    “Saya teruja melihat pokok epal setelah sekian lama sehingga apabila berhenti hujan saya berlari keluar.

    “Kembali ke rumah keluarga kami pada musim epal setelah itu adalah pengalaman yang penuh emosi dan menggembirakan,” tulisnya di Instagram.

    Preity mula menjadi petani sejak 2019 dan bergabung dengan komuniti pertanian epal di Himachal Pradesh.

    Selain bercucuk tanam di halaman rumahnya dia juga menanam rempah-rempah, sayuran, serta buah-buahan.

    Preity Zinta berkahwin dengan suaminya Gene Goodenough yang berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 2016. – Agensi

    Preity Zinta kini sibuk bertani dan menguruskan kebun epal. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda