Monday, January 20, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS

    KUCHING, 19 JAN – Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata institusi ini akan bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

    “Pengajian ini akan dijalankan di i-CATS. Kenapa saya pilih i-CATS? Sebab i-CATS adalah milik negeri Sarawak. Penuntut yang layak akan diberikan pendidikan percuma di universiti itu. Dengan ini, Sarawak akan melahirkan pakar dalam bidang tenaga dan gas,” katanya.

    Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Selatan, hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebelum ini mencadangkan penubuhan institusi tersebut, memandangkan Sarawak merupakan negeri terunggul di Malaysia dalam pengeluaran tenaga boleh diperbaharui. 

    Beliau berkata Sarawak telah mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh diperbaharui pada tahun lalu, melepasi sasaran 60 peratus yang ditetapkan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

    “Tenaga boleh diperbaharui dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan sosioekonomi bagi menjadikan Sarawak negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda