Premis peniagaan 24 jam di Sarawak beroperasi penuh mulai esok

KUCHING, 15 JUN – Semua premis peniagaan yang beroperasi 24 jam di Sarawak dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya mulai Rabu ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar  Douglas Uggah Embas hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata kebenaran itu diberikan dengan syarat pelbagai garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dipatuhi.

“Di Sarawak, tempoh beroperasi penuh 24 jam dibenarkan bermula Rabu ini bagi memberikan ruang dan persediaan kepada pengusaha premis bersedia dari segi SOP baharu,” katanya dalam sidang media harian JPBN di bangunan lama Dewan Undangan Negeri Sarawak. – Bernama