Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Premis perniagaan terima dua notis amaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Sebuah premis perniagaan di Daerah Temburong telah dikeluarkan dua notis amaran bagi dua kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 iaitu menjual minyak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan tanda harga tidak dipamerkan serta tanda harga yang mengelirukan pengguna.

    Sementara itu, enam unit alat sukat dan timbang yang digunakan dalam aktiviti jual beli didapati mematuhi akta dan peraturan sukatan dan timbangan.

    Dapatan itu adalah hasil daripada operasi sepadu yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi melalui Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) di Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan bersama Jabatan Hal Ehwal Pengguna (JHEP) di Jabatan
    Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di pasar dan premis perniagaan di Daerah Temburong, kelmarin.

    Ia merupakan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara rutin dalam memastikan sebarang penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan adalah sah, tepat dan berdaftar selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151.

    Operasi sepadu juga menguatkuasakan perundangan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya bagi memastikan barangan yang dikawal harga tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan di bawah akta, serta barangan yang dijual untuk dibubuh tanda harga yang jelas bagi memelihara kebajikan pengguna di negara ini.

    ATAS & BAWAH: Pegawai penguat kuasa undang-undang SDT dan JHEP membuat pemeriksaan semasa operasi bersepadu berkenaan. – Gambar serahan SDT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...