Baru-baru ini saya berpindah rumah ke sebuah kawasan yang agak jauh dari jalan utama dan di kawasan itu terdapat sebuah rumah dua tingkat yang sudah lama ditinggalkan yang dibina di sebelah jalan.
Yang membimbangkan saya adalah rumah terbiar ini sudah kelihatan hampir roboh sepenuhnya. Ditambah lagi dengan semak samun yang kelihatan padat tumbuh meliar di bahagian dalamnya.
Saya berasa khuatir sekiranya rumah itu roboh, laluan untuk ke jalan utama pasti terhalang oleh kayu dan zink menyukarkan kenderaan keluar. Lebih teruk lagi jika jalan tersebut tertutup terus.
Selain itu, struktur yang roboh ini boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai sekiranya berlaku angin kencang yang boleh menerbangkan atap zink atau kayu dan mungkin terkena pada pengguna jalan raya.
Saya ingin menyeru kepada mana-mana pemilik rumah yang terbiar supaya ambil sikap bertanggung jawab terhadap harta awda.
Janganlah dibiarkan rumput atau semak tumbuh meliar atau struktur binaan roboh akibat dimakan usia.
Sentiasalah memelihara harta awda supaya kelihatan terjaga dan tidak membimbangkan orang lain.
Mat










