Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT- Untuk memperkasa pelajar-pelajar pengajian tinggi agar bersedia secara mental untuk menempuh alam pekerjaan dan menghadapi cabarannya dengan baik, kira-kira 130 orang penuntut IBTE kelmarin menghadiri dua forum PREPanita bertajuk Selamat Datang ke Dunia Pekerjaan dan Communi-Kasih: Komunikasi Adalah Kunci Kebahagiaan bertempat di Kampus IBTE Nakhoda Ragam kelmarin.