Thursday, March 13, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden AS ringankan hukuman 1,500 banduan

    WASHINGTON, 12 DIS – Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal bersara, Joe Biden berkata hari ini beliau telah meringankan hukuman ke atas hampir 1,500 orang dan memberikan pengampunan kepada 39 yang lain, dalam apa yang digelar Rumah Putih tindakan belas kasihan sehari yang terbesar dalam sejarah AS.

    “Amerika dibina atas janji dan peluang kedua,” kata Biden.

    “Sebagai Presiden, saya diberi penghormatan untuk menghulurkan belas kasihan kepada orang yang telah menunjukkan penyesalan dan pemulihan,” tambah Joe Biden.

    Biden berkata 39 orang yang diampunkan atas jenayah bukan ganas telah berjaya melalui proses pemulihan dan menunjukkan komitmen untuk menjadikan masyarakat yang lebih kukuh dan selamat.

    “Penerima pngampunan berkenaan, yang ditempatkan di rumah semasa pandemik COVID-19, berjaya diintegrasi semula ke dalam keluarga mereka dan masyarakat dan telah menunjukkan bahawa mereka layak mendapat peluang kedua,” kata Biden. – AFP

    Biden bercakap semasa Persidangan Rumah Putih mengenai Penyelidikan Kesihatan Wanita yang pertama, di Bilik Timur Rumah Putih di Washington, DC pada 11 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda