Sunday, April 14, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Presiden AS ‘sihat untuk bertugas’

    WASHINGTON, 17 FEB – Joe Biden didapati dalam keadaan yang baik dan sihat untuk bertugas, menurut doktor yang membuat pemeriksaan ke atas presiden Amerika Syarikat (AS) itu semalam.

    Dr Kevin O’Connor berkata, “Biden mampu melaksanakan sepenuhnya semua tanggungjawab…”

    “Presiden Biden kekal sihat, cergas dalam usia 80 tahun dan mampu untuk melaksanakan tugas-tugas presiden termasuk sebagai Ketua Eksekutif, Ketua Negara dan Komander,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan O’Connor.

    Pemeriksaan fizikal itu dijalankan di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed di Bethesda, Maryland.

    “Pemeriksaan fizikal ini meliputi perundingan khusus dengan beberapa pakar perunding kami dari Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed. Ia termasuk Optometri, Pergigian, Ortopedik (Kaki dan Buku lali), Ortopedik (Tulang Belakang), Podiatri, Terapi Fizikal, Neurologi, Kardiologi, Radiologi dan Dermatologi,” kata O’Connor.

    Pemeriksaan fizikal itu adalah yang kedua buat Biden sebagai presiden. Beliau kali terakhir menjalani pemeriksaan fizikal pada 19 November 2021.

    Biden berusia 80 tahun pada November ini, bermakna beliau akan berusia 82 tahun jika memutuskan untuk bertanding bagi penggal kedua pada 2024.

    Beliau merupakan presiden tertua yang mengangkat sumpah jawatan pada usia 78 tahun dan akan mengatasi rekod itu jika beliau dipilih sekali lagi. – Bernama

    Presiden Joe Biden bercakap mengenai respons pentadbiran terhadap objek udara di Rumah Putih di Washington pada 16 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL - Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang,...