GABORONE, 1 April – Presiden baharu Botswana, Mokgweetsi Masisi dalam ucapan angkat sumpahnya berikrar untuk membasmi pengangguran dalam kalangan belia dalam salah sebuah negara yang paling stabil di Afrika.
Acara angkat sumpah yang berlangsung di parlimen itu sejurus selepas Ian Khama meletak jawatan selepas memegang jawatan maksimum selama 10 tahun.
Masisi akan mengambil alih kuasa sebuah negara yang memiliki pentadbiran yang baik dan mempunyai pendapatan dari sektor berlian, daging dan pelancongan.
Ia juga dinobatkan oleh Transparency International sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar rasuah terendah di Afrika baru-baru ini bergelut dengan peningkatan pengangguran dan ketegangan mengenai ketidakrataan perkongsian kekayaan dari berlian tersebut.
Khama mengakhiri jelajah selamat tinggal peringkat kebangsaan minggu ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penduduk yang berjumlah 2.2 juta orang. Pihak kerajaan telah menerbitkan beberapa gambar Masisi yang menghadiri raptai pelantikan semalam.
Acara yang akan mendapat liputan televisyen itu akan diadakan di bangunan parlimen di bandar Gaborone di depan 1,200 yang hadir yang mana acara dimulakan pada jam 6:00 pagi waktu setempat.
Masisi yang kini berusia 55 tahun merupakan sekutu rapat Khama dan ahli veteran parti pemerintag Parti Demokratik Botswana (BDP). Dia merupakan bekas guru yang berpendidikan di Amerika Syarikat, bekas kakitangan UNICEF dan bekas menteri pendidikan yang juga ayahnya seorang menteri kabintet.
Sementara itu, Khama yang terkenal dengan sikap berterus terang dan sering kali mengkritik beberapa pemimpin termasuk Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump dan tidak seperti negara-negara lain, seperti negara jiran, bekas presiden Zimbabwe Robert Mugabe. – AFP