Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden baharu Nepal angkat sumpah jawatan

    KATHMANDU, 13 MAC – Presiden Nepal yang baharu dipilih, yang ketiga sejak negara Himalaya itu meghapuskan monarki berabad-abad lamanya pada 2008 dan menjadi sebuah republik, telah mengangkat sumpah di Kathmandu hari ini.

    Ram Chandra Poudel dipilih pada Khamis oleh ahli parlimen Persekutuan dan dewan wilayah. Pegawai tertinggi, diplomat dan ahli parlimen berbaris untuk mengucapkan tahniah kepada presiden baharu pada majlis di mana kumpulan tentera memainkan lagu kebangsaan dan memberi tabik hormat kepadanya.

    Presiden sebelumnya, Bidhya Devi Bhandari, setelah menamatkan tempoh dua penggal memegang jawatan, menyerahkan jawatan itu sejurus selepas upacara angkat sumpah.

    Presiden sebahagian besarnya merupakan tokoh yang memiliki kuasa politik yang sedikit.

    Tetapi pilihan raya itu mencetuskan perbalahan di kalangan rakan kongsi dalam perikatan pemerintah yang diketuai oleh Perdana Menteri, Pushpa Kamal Dahal, yang memegang jawatan pada Disember selepas parlimen tergantung mengakibatkan kerajaan campuran rapuh. – AP

    Presiden sebelumnya, Bidhya Devi Bhandari (kanan) mengucapkan tahniah kepada presiden Nepal yang baharu dipilih, Ram Chandra Poudel, selepas beliau mengangkat sumpah di bangunan presiden Shital Niwas di Kathmandu, Nepal. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda