Friday, July 5, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Presiden baharu Panama ikrar hapus ‘transit’ pendatang

    PANAMA CITY, 1 JULAI – Jose Raul Mulino mengangkat sumpah kelmarin sebagai Presiden baharu Panama, dengan pemimpin berhaluan kanan itu berjanji akan menjadikan negara Amerika Tengah itu bukan lagi pusat ‘transit’ bagi pendatang tanpa izin ke Amerika Syarikat (AS).

    Mulino, 65, dipilih pada Mei selepas kempen di mana dia berikrar akan menutup laluan penghijrahan berbahaya melalui hutan Darien antara Colombia dan Panama.

    Lebih setengah juta pendatang tanpa izin melalui apa yang digelar Darien Gap tahun lepas – mudah disalahgunakan yang dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia.

    Kelmarin, selepas mengangkat sumpah, beliau berkata Panama “tidak boleh terus membiayai kos ekonomi penghijrahan haram… Panama tidak lagi menjadi negara transit bagi pendatang tanpa izin”. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...