MINSK, 26 MAC – Presiden Belarus, Alexander Lukashenko menegaskan bahawa kepentingan nasional serta keselamatan negara dan rakyat akan menjadi keutamaan dalam penggal ketujuh pentadbirannya, lapor Xinhua.
Ketika menyampaikan ucapan sempena majlis angkat sumpahnya sebagai ketua negara kelmarin, Lukashenko berkata, “Belarusian adalah rakyat yang cintakan kedamaian dan Belarus adalah negara yang mengutamakan keamanan. Kami menyokong keamanan yang adil serta penyelesaian sebarang masalah melalui dialog.”
Memasuki era baharu dalam sejarahnya, Belarus akan terus berpegang kepada strategi pembangunan yang telah terbukti berkesan, katanya sambil menambah bahawa hala tuju utama negara adalah berlandaskan tradisi, kerja keras dan teknologi. Beliau percaya semua elemen ini akan me-ningkatkan kualiti hidup rakyat Belarus. – Bernama
