Presiden Brazil berdepan dakwaan jenayah ‘disengajakan’

BRASILIA, 20 OKT –Jawatan kuasa senat Brazil hari ini akan meminta presiden Jair Bolsonaro untuk didakwa dengan jenayah ‘yang di-sengajakan’ atas pengurusannya terhadap pandemik COVID-19, yang menyebabkan 600,000 orang rakyatnya terkorban.

Selepas sesi pendengaran selama enam bulan, dengan kenyataan daripada saksi dan pendedahan mengenai penggunaan ubatan yang tidak berkesan ‘sebagai cubaan kepada manusia’, jawatan kuasa akan menyampaikan laporan yang dinanti-nantikan.

Renan Calheiros, senator yang mengetuai laporan setebal 1,200 muka surat, telah mendedahkan dia akan mengenakan sekurang-kurangnya sembilan dakwaan ke atas presiden itu, termasuk ‘cara mengubati yang palsu’ dan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’.

Tetapi dia pada saat akhir telah mengumumkan penarikan semula dakwaan terhadap ‘pembunuhan’ dan ‘pembunuhan beramai-ramai’, selepas perdebatan di kalangan ahli panel.

Dengan dakwaan yang dianggap serius, proses mungkin hanya menjadi simbolik disebabkan Bolsonaro mempunyai sokongan kongres yang kuat untuk mengelak daripada prosiding pemecatan dibuka.

Sementara itu, peguam negara, Augusto Aras, yang dilantik oleh sekutunya Bolsonaro, mungkin melindunginya dari sebarang dakwaan.

Laporan mungkin meminta beberapa orang menteri untuk didakwa, termasuk tiga daripada anak ketiga Bolsonaro, merangkumi Flavio, yang merupakan ahli jawatan kuasa.

“Laporan tersebut mungkin dilihat sebagai satu hukuman, namun pihak kerajaan kekal tenang. Awda boleh mengkritik kelakuan presiden, tetapi tidak boleh mendakwanya,” kata Fernando Bezerra, kedua blok parlimen kerajaan dalam senat, memberitahu laman web Uol.- AFP