Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Brazil Bolsonaro dimasukkan ke hospital

    BUENOS AIRES, 29 MAC – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro telah dimasukkan ke hospital dan kini menjalani ujian kesihatan, lapor portal berita G1, memetik Menteri Komunikasi, Fabio Faria.

    Presiden Bolsonaro telah dipindahkan ke hospital Angkatan Tentera di Brasilia kelmarin untuk menjalani ujian akibat mengadu ‘ketidakselesaan,’ menurut laporan itu.

    Menurut isterinya yang juga Wanita Pertama, Michelle Bolsonaro, ahli politik itu berada dalam keadaan sihat, lapor Sputnik.

    Pada awal Januari, presiden turut menerima rawatan di hospital kerana masalah usus.

    Bolsonaro mengalami masalah kesihatan selepas cubaan membunuhnya pada 2018.

    Beliau pernah ditikam semasa berkempen di bandar Juiz de Fora, negeri Minas Gerais, hampir sebulan sebelum pilihan raya.

    Tikaman itu merosakkan arteri mesenterik yang membekalkan darah ke usus.

    Selepas kejadian itu, Presiden Brazil telah menjalani beberapa pembedahan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda