Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Presiden Brazil desak Trump hapuskan tarif, sekatan

    BOGOTA, 7 OKT – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva kelmarin adakan perbualan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meminta penghapusan surcaj tarif terhadap barangan dari negaranya serta penarikan sekatan terhadap beberapa pegawai Brazil, lapor Agensi Anadolu.

    “Perbualan antara kedua-dua pemimpin berlangsung dalam suasana mesra selama 30 minit, dan mereka mengenang kembali hubungan baik ketika berada di New York semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” menurut kenyataan rasmi kerajaan Brazil.

    Perbualan itu tertumpu kepada usaha memulihkan hubungan dua hala yang kebelakangan ini semakin tegang serta menangani tindakan hukuman yang dikenakan AS terhadap Brazil.

    Menurut kenyataan Lula di platform X, beliau segera membangkitkan isu ketegangan perdagangan sedia ada. Lula menegaskan Brazil merupakan satu daripada tiga negara G20 yang mengekalkan lebihan dagangan dengan AS, justeru menyeru supaya surcaj 40 peratus ke atas produk domestik Brazil dihapuskan.

    Lula turut berkata beliau meminta Trump menarik balik sekatan terhadap pegawai Brazil, termasuk pembatalan visa ke atas individu seperti Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes dan isterinya.

    “Saya melihat hubungan langsung ini sebagai peluang untuk memulihkan semula persahabatan selama 201 tahun antara dua negara demokrasi terbesar di dunia Barat,” kata Lula sambil menegaskan keperluan untuk memperbaiki keretakan diplomatik yang berlaku.

    Kedua-dua pemimpin yang sebelum ini sempat bertegur sapa secara ringkas dan mesra semasa Perhimpunan Agung PBB bersetuju untuk melantik perunding peringkat tinggi bagi meneruskan rundingan.

    Trump menamakan Setiausaha Negara, Marco Rubio untuk mengetuai rundingan isu tarif itu, manakala Lula melantik Naib Presiden, Geraldo Alckmin; Menteri Luar, Mauro Vieira dan Menteri Kewangan, Fernando Haddad sebagai wakil Brazil.

    Mereka juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara bersemuka dalam masa terdekat. Lula mencadangkan pertemuan di Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung di Malaysia serta memperbaharui jemputan kepada Trump untuk menghadiri COP30 di bandar Belem, utara Brazil. – Bernama/Anadolu

    Luiz Inacio Lula da Silva (kiri) melambai semasa perarakan tentera dalam sambutan Hari Kemerdekaan di Brasilia pada 7 September, dan Donald Trump semasa satu sidang akhbar Sidang Kemuncak G7 29 Ogos. Lula desak Trump hapuskan tarif. – Gambar fail AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...