BUENOS AIRES, 17 NOV – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva yang dilantik semalam berikrar pada persidangan perubahan iklim PBB COP27 di Mesir untuk melindungi hutan hujan Amazon, lapor agensi Anadolu.
Lula berkata beliau akan menyekat ‘jenayah alam sekitar’ dan mereka yang melakukan ‘aktiviti haram’ di Amazon, mengecam aktiviti perlombongan, perkayuan dan pertanian yang menurutnya telah memberikan kesan ketara ke atas cara hidup Orang Asli di rantau ini.
Beliau juga akan menangani kesan global perubahan iklim dan mendesak negara maju yang kaya untuk menunaikan ikrar mereka bagi menyediakan AS$100 bilion setahun untuk kewangan iklim.
Menurut saintis Carlos Nobre dan Thomas Lovejoy, jika 20 peratus hingga 25 peratus daripada Amazon musnah, peranannya sebagai ekosistem alam sekitar akan gagal. – Bernama
