Tuesday, December 17, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Brazil Lula dibenar keluar hospital selepas pembedahan pendarahan otak

    RIO DE JANEIRO, 16 DIS – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

    “Keadaan beliau stabil, berjalan, makan dan bercakap seperti biasa. Beliau melalui fasa pasca pembedahan yang sangat baik, sejajar dengan jangkaan,” kata Doktor Roberto Kalil pada sidang akhbar di Sao Paulo kelmarin, hampir seminggu selepas prosedur itu dilakukan di Hospital Syria-Lubnan di bandar itu.

    Presiden berusia 79 tahun itu akan kekal di Sao Paulo sehingga sekurang-kurangnya Khamis untuk pemantauan lanjut.

    Beliau hanya dibenarkan melakukan aktiviti fizikal terhad selama 15 hari tetapi boleh bekerja seperti biasa dari rumah, menurut doktornya, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Lula diperiksa di Brasilia kelmarin selepas mengadu sakit kepala. Imbasan MRI menunjukkan pendarahan otak yang berpunca daripada kemalangan pada 19 Oktober lepas.

    Beliau kemudian dipindahkan ke unit lain di hospital yang sama di Sao Paulo, yang beliau menjalani kraniotomi untuk mengeluarkan hematoma. – Bernama

    Presiden Brazil Lula (kiri) berjalan bersama pakar bedah sarafnya di Hospital Syria-Lubnan di Sao Paulo, Brazil, pada 13 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda