RIO DE JANEIRO, 10 DIS – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, menjalani pembedahan untuk pendarahan otak akibat terjatuh baru-baru ini, kata Hospital Syria-Lubnan di Sao Paulo, hari ini.
Pembedahan berjalan tanpa komplikasi semalam, dan Lula berada dalam keadaan baik, di bawah pemantauani unit rawatan rapi, kata hospital itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Instagram presiden.
Pendarahan dikaitkan dengan insiden Lula terjatuh pada 19 Oktober lalu, kata hospital itu.
Lula terhentak kepalanya selepas terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di ibu negara Brasilia dan telah menerima beberapa jahitan.
“Beliau dimasukkan ke cawangan hospital di Brasilia kelmarin untuk menjalani pemeriksaan pengimbasan selepas mengadu sakit kepala,” kata hospital itu. Pemeriksaan itu telah mendapati pendarahan intrakranial di kepalanya. – AFP


