Sunday, July 13, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden China hadiri Sidang Kemuncak Asia di Kazakhstan

    BEIJING, 16 JUN – Presiden China, Xi Jinping berlepas dari Beijing hari ini ke Astana, Kazakhstan, untuk menghadiri Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang kedua, menurut media rasmi.

    Xi dijangka mengadakan pertemuan dua hala sebelum sidang kemuncak pada hari Selasa, menurut kenyataan pejabat presiden Kazakhstan.

    Ketua negara Kyrgyzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan juga akan turut hadir.

    Lawatan itu merupakan perjalanan luar negara ketiga Xi tahun ini, selepas lawatan ke Asia Tenggara dan Rusia.

    China bersaing dengan Rusia, bekas kuasa kolonial di Asia Tengah untuk mendapatkan pengaruh di rantau luas yang hampir sebesar Kesatuan Eropah tetapi mempunyai jumlah penduduk hanya kira-kira 80 juta orang.

    Asia Tengah merupakan sasaran strategik penting bagi China dalam inisiatif Belt and Road, yang menggunakan pelaburan infrastruktur besar-besaran sebagai alat politik dan diplomatik.

    Rantau itu juga kaya dengan sumber asli dan pelaburan China boleh memudahkan perdagangan dengan Eropah.

    Lima republik Asia Tengah tersebut berusaha mengurangkan kebergantungan mereka kepada Rusia dan meningkatkan kerjasama dengan negara lain.

    Pergerakan itu semakin dipercepat sejak Rusia menyerang Ukraine pada Februari 2022. – AFP

    Xi Jinping semasa mengadakan lawatan ke Vietnam, pada 14 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda