Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden China pengerusikan sidang kemuncak BRICS

    BEIJING, 30 Ogos  – Presiden China Xi Jinping akan mengetuai Sidang Kemuncak BRICS yang akan berlangsung di Xiamen, Wilayah Fujian bermula 3 hingga 5 September, lapor agensi berita China Xinhua.

    Jurucakap Kementerian Luar Negeri Lu Kang berkata, Xi dijadual mempengerusikan Dialog Kemunculan Pasaran dan Negara-Negara Membangun mengenai kerjasama saling menguntungkan bagi pembangunan bersama.

    Selain itu, Xi juga dijangka menghadiri beberapa acara lain seperti majlis perasmian forum perniagaan BRICS.

    Lu berkata Presiden Brazil, Michel Temer akan melawat China bermula  31 Ogos hingga 5 September atas jemputan Presiden Xi.

    Turut sama mengadakan lawatan ke China ialah Presiden Tajikistan Emomali Rahmon mulai hari ini hingga 5 September.

    BRICS dianggotai Brazil, Rusia, India, China serta Afrika Selatan dan tahun ini China memegang jawatan presiden. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda