Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden China ‘setuju’ lawat Jepun

    OSAKA, JEPUN, 28 JUN – Presiden China Xi Jinping telah bersetuju ‘pada dasarnya’ untuk mengadakan lawatan negara ke Jepun pada musim bunga akan datang atas jemputan Perdana Menteri Shinzo Abe, dalam pemulihan seterusnya hubungan dua hala.

    Hubungan di antara dua ekonomi terbesar Asia telah berpulih dalam beberapa tahun ini selepas terjejas pada 2012 apabila Tokyo ‘memiliknegarakan’ pulau yang dituntut oleh Beijing.

    Abe melawat Beijing pada tahun lalu – lawatan rasmi pertama oleh seorang perdana menteri Jepun sejak 2011.

    Abe menghulurkan jemputan kepada Xi ketika satu mesyuarat di antara kedua-dua pemimpin mengenai isu sampingan sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun semalam.

    “Saya ingin mempertingkat hubungan Jepun-China ke tahap seterusnya dengan mengalu-alukan Presiden Xi Jinping ke Jepun ketika musim bunga sakura pada tahun depan,” kata Abe.

    Xi bersetuju ‘pada dasarnya’ dengan jemputan tersebut, menurut agensi berita rasmi China Xinhua.

    Presiden China terakhir yang mengadakan lawatan negara ke Jepun adalah Hu Jintao pada 2008. Sebelum itu, Jiang Zemin melawat pada 1998.

    Xi dan Abe bersetuju dengan ‘konsensi 10-perkara’ untuk mempromosi “perkembangan hubungan dua hala yang sihat,” kata Xinhua, memetik seorang diplomat tertinggi China. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda