Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Czech baharu angkat sumpah

    PRAGUE, 9 MAC – Bekas jeneral NATO, Petr Pavel hari ini mengangkat sumpah sebagai presiden Republik Czech.

    Lelaki berusia 61 tahun itu dipilih pada Januari, setelah menewaskan bekas perdana menteri Andrej Babis, dalam pusingan kedua.

    Pavel akan menggantikan ahli politik veteran yang lantang bersuara, Milos Zeman, yang mengakhiri tempoh lima tahun memegang jawatan kelmarin.

    Walaupun peranan Presiden adalah hanya pada upacara, Presiden Czech berkuasa untuk memilih ahli kerajaan, memilih gabenor bank pusat dan hakim perlembagaan, dan berkhidmat sebagai komander angkatan tentera.

    Pavel, yang mengetuai jawatankuasa tentera NATO pada 2015 hingga 2018, telah berikrar sokongan berterusan kepada Ukraine yang dilanda perang.

    Beliau juga telah berjanji untuk memupuk hubungan rapat dengan Kesatuan Eropah dan NATO dan meningkatkan hubungan dengan Amerika Syarikat.

    Dengan kelulusan universiti tentera dan pasukan elit, Pavel telah dinobat sebagai wira dalam perang Serbo-Croatia apabila dia membantu membebaskan tentera Perancis dari zon perang.

    Dia menjadi ketua kakitangan am Czech dan juga bekerja di perintah serantau NATO di Belanda. – AFP

    Petr Pavel berucap kepada orang kenamaan semasa majlis perasmiannya di Istana Prague di Prague, Republik Czech. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda