Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden FAM mengadap Agong

    KUALA LUMPUR, 27 JUN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di Istana Negara, hari ini.

    FAM dalam kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook persatuan, memaklumkan antara perkara yang dibincangkan adalah perkembangan Peta Hala Tuju F:30 dan perancangan membina ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan.

    Pada pertemuan itu, Hamidin turut berkongsi dengan Seri Paduka mengenai persiapan skuad kebangsaan bagi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Asia 2023, September.

    Selain itu, turut dipersembahkan kepada Baginda adalah projek pemain naturalisasi dalam melonjak standard skuad kebangsaan tanpa mengetepikan program pembangunan sedia ada. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda