Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Filipina cari rakan kongsi untuk sokong pembangunan

    MANILA, 15 JAN – Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos hari ini berlepas ke Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menghimpunkan pembuat keputusan untuk membincangkan isu mengenai ekonomi global.

    Beliau berharap untuk mempromosikan peranan Filipina sebagai pemacu pertumbuhan dan mencari lebih banyak lagi rakan kongsi untuk menyokong pembangunan negara itu.

    Dalam kenyataannya sebelum berangkat pergi, Marcos berkata dia akan mengemukakan persiapan Filipina untuk memainkan peranan dalam rancangan pengembangan serantau dan global ketika negara-negara bangkit daripada kesan pandemik.

    Marcos berkata forum itu menganjurkan dialog strategi negara di mana Filipina dibenarkan mempromosikan negaranya sebagai peneraju dan pemacu pertumbuhan serta pintu masuk ke rantau Asia-Pasifik, yang terbuka untuk perniagaan, sentiasa bersedia untuk melengkapkan rancangan pembangunan serantau dan global bagi kedua-dua perusahaan asing dan yang berpangkalan di Filipina yang diusahakan oleh pekerja tempatan yang profesional, cekap dan berpendidikan tinggi termasuk pengurus dan para pakar di negara berkenaan.

    Beliau juga akan mencari rakan kongsi yang akan menyokong rancangan pentadbirannya untuk membina lebih banyak infrastruktur dan memastikan keselamatan makanan dan tenaga terjamin semasa acara WEF di Davos. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda