Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Filipina hadiri acara komuniti

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Sempena lawatan rasmi Presiden Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, program lawatan diteruskan dengan Acara Komuniti Filipina yang berlangsung di BRIDEX, Jerudong, hari ini.

    Acara berkenaan dihadiri oleh Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Ferdinand R Marcos Jr dan isteri, Louise Araneta-Marcos bersama hampir 25,000 orang warga Filipina yang berada di negara ini.

    Acara itu dimulakan dengan beberapa aktiviti, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden Republik Filipina.

    Dalam ucapannya, Tuan Yang Terutama menyentuh mengenai hubungan dua hala antara Brunei Darussalam dan Republik Filipina supaya akan terus diperkukuhkan menerusi lawatan rasmi berkenaan.

    Presiden Republik Filipina turut merasa bangga tentang tawaran tenaga kerja warga Filipina tidak kira di mana jua mereka berada dengan tawaran perkhidmatan yang terbaik, berkemahiran, profesional dan banyak lagi untuk memenuhi permintaan syarikat dan lain-lain. Dengan kemahiran-kemahiran tersebut Tuan Yang Terutama berharap ia akan terus dipertahankan dan menjadi jenama bagi rakyat Filipina di mana juga berada.

    TYT Ferdinand R Marcos Jr semasa semasa memberikan ucapan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    TYT Ferdinand R Marcos Jr semasa menghadiri acara berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Beliau juga menyentuh mengenai mengutamakan pembangunan sektor pertanian di Filipina.

    “Kita perlu melabur dalam pemba-ngunan dan produktiviti serta pemo-denan sektor pertanian dengan membina infrastruktur, menambah baik rangkaian pasaran petani. Tanah ladang di Filipina bukan sahaja akan menghasilkan tanaman tetapi juga peluang untuk mewujudkan riak kesan positif di seluruh negara,” jelas Presiden Filipina.

    Selain daripada acara berkenaan, sebuah forum perniagaan juga akan diadakan di mana Tuan Yang Terutama akan bertemu dengan ahli-ahli perniagaan utama di Brunei untuk mempromosikan hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua buah negara.

    Brunei dan Filipina merupakan rakan kongsi serantau kukuh di mana kedua-dua buah negara merupakan ahli kepada APEC, ASEAN dan BIMP-EAGA.

    Lawatan berkenaan menandakan 40 tahun hubungan dua hala antara Filipina dan Brunei yang ditubuhkan pada 1984.

    Beliau menyatakan bahawa Brunei merupakan rakan kongsi rapat Filipina dalam beberapa buah organisasi pelbagai hala khususnya ASEAN dan BIMP-EAGA.

    Menurutnya lagi, kedua-dua buah negara mempunyai hubungan pelbagai hala yang merangkumi bidang sekuriti dan pertahanan, maritim, perdagangan dan pertanian serta antara rakyat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda