HELSINKI, 24 MAC – Presiden Finland Sauli Niinisto kelmarin menandatangani penyertaan negaranya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), yang telah disahkan oleh parlimen pada 1 Mac.
Finland kemudiannya akan menyerahkan dokumen berkaitan keahlian NATO kepada pentadbiran Amerika Syarikat sebaik sahaja Turkiye dan Hungary meratifikasi keahliannya.
Jumaat lalu, semasa lawatan Niinisto ke Turkiye, Presiden Recep Tayyip Erdogan, berkata Ankara akan memulakan proses meratifikasi bidaan Finland.
Parlimen Hungary dijangka mengundi mengenai keahlian Finland pada Isnin depan.
Kesemua 30 sekutu NATO perlu menandatangani protokol penyertaan ahli baharu.
Sehingga kini, 28 negara anggota telah berbuat demikian. – Bernama
