BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, tiba di Negara Brunei Darussalam pagi tadi untuk tujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Ketibaaan Presiden Prabowo disambut dengan sambutan istiadat oleh para pengawal kehormat dan pegawai kanan kerajaan Brunei.
Beliau kemudian akan dibawa mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.

Baca berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis, 15 Mei.