Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Indonesia rasmikan hospital swasta di Nusantara

    JAKARTA, 11 OKT – Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini merasmikan dua hospital swasta yang baharu dibina di ibu negara baharu, Nusantara, dengan harapan dapat meningkatkan keyakinan dalam kalangan penjawat awam yang akan dipindahkan dari Jakarta ke bandar raya baharu itu, lapor Xinhua.

    Sebelum ini, Menteri Pembaharuan Pentadbiran dan Birokrasi Indonesia, Abdullah Azwar Anas, berkata kementeriannya sedang berusaha menyediakan insentif kepada penjawat awam yang akan dipindahkan ke Nusantara pada Januari tahun depan.

    Kerajaan pada awalnya merancang untuk memindahkan lebih 4,000 penjawat awam ke Nusantara pada September, namun program itu ditangguhkan atas beberapa faktor termasuk beberapa kompleks perumahan yang belum siap sepenuhnya.

    Indonesia merancang untuk memindahkan lebih 30,000 penjawat awam dari Jakarta ke Nusantara dan proses pemindahan ini akan dijalankan dalam tiga peringkat sehingga tahun 2029.

    Semasa majlis perasmian, Presiden Widodo turut menyeru agar pembangunan kemudahan awam lain di Nusantara, termasuk sekolah, dipercepatkan. – Bernama

    Joko Widodo semasa bercakap pada pertemuan dengan CEO di Forum CEO Kompas 100 2024 di Istana Garuda, di ibu kota Nusantara, di Panajam Paser Utara, Kalimantan Timur pada 11 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda