Thursday, September 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Iran lantik gabenor Sunni pertama dalam 45 tahun

    TEHRAN, 18 SEPT – Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian hari ini mencalonkan seorang anggota minoriti Muslim Sunni untuk menjadi gabenor wilayah Kurdistan, lapor media rasmi.

    Arash Zerehtan telah dilantik sebagai ketua negeri barat itu, menurut agensi berita IRNA, memetik jurucakap kerajaan, Fatemeh Mohajerani.

    Beliau adalah orang Sunni pertama yang dilantik sebagai gabenor wilayah di negara yang majoritinya Syiah sejak zaman awal Revolusi Islam 1979.

    Zerehtan, 48, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk bandar Paveh dari 2020 hingga tahun ini.

    Golongan Sunni merangkumi kira-kira 10 peratus daripada penduduk Iran, di mana majoriti besar adalah Syiah dan Islam Syiah adalah agama rasmi negara.

    Mereka amat jarang memegang jawatan penting sejak revolusi berkenaan.

    Pezeshkian, 69, memegang jawatan pada Julai selepas pilihan raya awal berikutan kematian Presiden ultrakonservatif, Ebrahim Raisi, dalam nahas helikopter. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda