Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Jokowi pindah ke pejabat presiden baharu di Nusantara

    JAKARTA, 9 SEPT – Presiden Joko Widodo, dikenali mesra sebagai Jokowi, akan bertugas daripada pejabat baharunya di ibu kota baharu Nusantara (IKN), Kalimantan Timur esok, sementara menunggu tempoh tamat pentadbiran beliau pada 20 Oktober.

    Beliau ingin merasai pengalaman bekerja di Istana Garuda yang telah siap untuk digunakan dari 10 September hingga 19 Oktober, sebelum jawatan presidennya diserahkan kepada Presiden terpilih, Prabowo Subianto.

    “Adalah difahami bahawa Presiden ingin bekerja di IKN sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada penggantinya. Lagipun, projek ini adalah legasinya,” kata Ketua Pejabat Komunikasi Presiden, Hasan Nasbi, dipetik portal berita Liputan6.

    Sepanjang tempoh itu, beliau berkata Jokowi akan meneruskan lawatan kerja ke luar kawasan dan mungkin akan menyerahkan beberapa tanggungjawab kepada Naib Presiden, Ma’ruf Amin.

    Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono pada Sabtu menyatakan Jokowi akan mendapat sokongan penuh daripada Sekretariat Presiden semasa bekerja selama 40 hari di IKN, dan beberapa unit Sekretariat telah berpindah ke ibu kota baharu itu. – Bernama

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda