Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden kelab Marseille terima ancaman

    PARIS, 4 OKT – Keadaan di Marseille jarang membosankan, tetapi walaupun mengikut piawaian kelab bola sepak Perancis yang paling diminati, minggu-minggu menjelang perlawanan Liga Europa esok antara Brighton dan Hove Albion adalah luar biasa.

    Pasukan yang tidak pernah kalah itu menyaksikan jurulatih mereka, Marcelino Garcia Toral dari Sepanyol, meletak jawatan selepas hanya mengendalikan tujuh perlawanan berikutan pertemuan antara kumpulan penyokong yang marah dan pengarah kelab.

    Pablo Longoria, presiden juara Perancis sembilan kali berusia 37 tahun, mempertimbangkan untuk meletak jawatan selepas mengatakan dia telah diancam semasa pertemuan berkenaan.

    Dia mendakwa dalam temu bual dengan akhbar tempatan, La Provence bahawa dia dan tiga rakan pengarah lain telah diminta untuk ‘meletak jawatan atau akan berlaku peperangan’.

    Longoria juga berkata beliau telah meminta peguamnya untuk memfailkan aduan polis, satu langkah yang tidak mungkin menarik sokongan penyokong, terutamanya dalam kalangan kumpulan ultra yang berpengaruh di Stadium Velodrome Marseille yang mengagumkan.

    Pendakwa raya di bandar pelabuhan Mediterranean kemudian mengesahkan bahawa siasatan telah dibuka ke atas kemungkinan pemerasan, ugutan, dan ancaman terhadap Longoria dan pengarah-pengarah tersebut. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda