Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Klaus tegur k’jaan Romania

    BUCHAREST, 8 Feb – Presiden Romania Klaus Johannis semalam menegur kerajaan sayap kiri kerana ‘terlalu sedikit’ berusaha untuk menyelesaikan krisis yang menggegarkan negara itu berhubung dekri rasuah tetapi tidak menggesa pengunduran kerajaan itu.

    Beratus-ratus ribu orang menyertai bantahan membantah dekri kecemasan yang diluluskan pada 31 Januari lalu, yang menurut para pengkritik akan melindungi mereka yang terlibat dengan rasuah daripada pendakwaan.

    Perdana Menteri Sorin Grindeau telah membatalkan langkah itu Ahad lalu, tetapi perarakan diteruskan, dengan sebilangan penunjuk perasaan berikrar mereka tidak akan berhenti sehingga kerajaan berundur.

    “Pemansuhan dekri dan kemungkinan pemecatan menteri adalah terlalu sedikit,” Johannis memberitahu para ahli undangan di Bucharest.

    Bagaimanapun pilihan raya awal pada peringkat ini terlalu banyak,” tambahnya, dengan parti Sosial Demokrat (PSD) memenangi pilihan raya dengan kemenangan hebat hanya pada Disember lalu.

    Sebaliknya kata Johannis, tanggung jawab adalah kini pada Sosial Demorat untuk mencari penyelesaian.

    “Jika PSD, yang telah mencetuskan krisis, gagal menyelesaikan krisis dengan segera, saya akan memanggil semua parti-parti politik bagi rundingan,” presiden memberi amaran.

    “Kamu telah menang, kini mentadbir dan menggubal tetapi tanpa cara. Romania perlukan kerajaan mantap, sebuah kerajaan yang berfungsi dengan telus dan cara yang dapat diramalkan.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda