BAGHDAD, 30 Okt – Presiden wilayah autonomi Kurdish, Iraq, Masoud Barzani, kelmarin, mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 1 November dalam satu sidang tertutup di Parlimen, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.
“Saya enggan meneruskan jawatan sebagai presiden selepas 1 November,” menurut media Rudaw Kurdistan memetik surat yang dikirim Barzani kepada sesi parlimen, diadakan di Erbil.
“Perubahan undang-undang berkaitan jawatan Presiden Kurdish atau memanjangkan tempoh perkhidmatan presiden adalah sesuatu tidak dapat diterima,” kata Barzani.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)