Tuesday, December 17, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Kyrgyzstan terima peletakan jawatan perdana menteri

    BISHKEK, 17 DIS – Presiden Kyrgyzstan, Sadyr Japarov menandatangani dekri kelmarin menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Akylbek Japarov berikutan peralihannya ke jawatan lain, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik pejabat media presiden Japarov.

    “Presiden Republik Kyrgyzstan Sadyr Japarov telah menandatangani dekri yang melepaskan Akylbek Usenbekovich Japarov daripada tugasnya sebagai Pengerusi Kabinet Menteri Republik Kyrgyzstan dan Ketua Pentadbiran Presiden Republik Kyrgyzstan berikutan peralihannya ke jawatan lain,” menurut kenyataan itu.

    Mengikut undang-undang Kyrgyzstan, peletakan jawatan perdana menteri tidak menyebabkan pembubaran kabinet. Timbalan Perdana Menteri Pertama, Adylbek Kasymaliev akan mengambil alih sebagai perdana menteri sementara. Pencalonan beliau memerlukan kelulusan parlimen.

    Peranan baharu Akylbek Japarov, 60, belum diumumkan. Beliau memimpin kerajaan Kyrgyzstan sejak 2021. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, negara itu mengalami pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pengurangan signifikan dalam kadar kemiskinan. – Bernama

    Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier (kanan), berjabat tangan dengan Presiden Japarov, pada 26 November di Istana Bellevue, Berlin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda