Saturday, November 16, 2024
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Laos adakan lawatan ke Kemboja

    PHNOM PENH, 2 MEI – Presiden Laos, Thongloun Sisoulith akan mengadakan lawatan negara ke Kemboja pada 4 hingga 6 Mei, di mana beliau akan turut menghadiri majlis perasmian Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32, kata kementerian luar Kemboja dalam kenyataan akhbar hari ini.

    Lawatan beliau akan dibuat atas jemputan Raja Kemboja Norodom Sihamoni, menurut kenyataan itu.

    Lawatan itu “akan mengukuhkan lagi hubungan yang sedia ada, kejiranan yang baik, hubungan persaudaraan, dan Perkongsian Strategik Komprehensif dan Berpan-jangan untuk manfaat bersama kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

    Di Phnom Penh, Thongloun akan bertemu Sihamoni dalam majlis mengadap di Istana
    Diraja, dan akan menerima kunjungan hormat daripada Presiden Senat Kemboja,
    Samdech Say Chhum dan Presiden Dewan Negara, Samdech Heng Samrin, tambah kenyataan itu.

    Presiden Laos juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen untuk membincangkan kerjasama dua hala bersama beberapa isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kebimbangan bersama. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda