Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Lula rasmi sidang kemuncak pemimpin G20

    MEXICO CITY, 19 NOV – Presiden Brazil, Luis Inacio Lula da Silva merasmikan sidang kemuncak Pemimpin G20 di Rio de Janeiro kelmarin dengan melahirkan kekecewaan mengenai ketegangan yang semakin meningkat dan konflik bersenjata yang melanda pentas global dan melancarkan inisiatif untuk menamatkan kelaparan dunia, lapor agensi Anadolu.

    Buat pertama kalinya, kepimpinan Brazil memegang jawatan presiden G20, sebuah blok ekonomi yang terdiri daripada 20 ekonomi terbesar di dunia. Sebagai tuan rumah, pemimpin Brazil meletakkan kelaparan dan kemiskinan dunia sebagai keutamaan dalam agenda.

    “Saya memerhatikan dengan sedih bahawa dunia semakin teruk: kita mempunyai bilangan konflik bersenjata tertinggi sejak Perang Dunia Kedua dan jumlah perpindahan paksa terbesar yang pernah direkodkan,” kata Lula seperti yang dilaporkan.

    Semasa ucapan pembukaannya, pemimpin Brazil itu memetik angka Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) mengenai kelaparan dunia, melaporkan bahawa pada 2024, 733 juta orang masih mengalami kekurangan zat makanan.

    Jumlah yang mengejutkan diterjemahkan kepada gabungan populasi Brazil, Mexico, Jerman, UK, Afrika Selatan dan Kanada yang mati kelaparan, seperti yang dinyatakan oleh Lula.

    “Dalam dunia yang menghasilkan hampir 6 bilion tan makanan setiap tahun, ini tidak boleh diterima. Dalam dunia yang perbelanjaan ketenteraan mencecah 2.4 trilion dolar, ini tidak boleh diterima,” katanya. – Bernama

    Lula menyampaikan ucapan semasa sesi pembukaan Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro, Brazil, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda